Sabtu, 21 Jun 2014

Sabtu, Jun 21, 2014
1
Che Ta Beli Barang Bayi di Kota London | Kehidupan selebriti ini sememangnya serba mewah malah, sebelum ini dia pernah diberi jolokan, 'High Maintanance Artist'.

Lihat sahajalah dari segi penampilan pelakon Kiah Pekasam ini, malah dia sering berkunjung ke London untuk membeli barang-barang keperluannya.

Che Ta Beli Barang Bayi di Kota London

Bukan sahaja untuk diri sendiri, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, ini juga turut memilih Kota London sebagai lokasi untuk membeli barang-barang bayinya.

Menurut Che Ta menerusi perbualan WhatsApp, dia kini sedang berada di London bersama suaminya, Zain Saidin.

Malah, tujuan pasangan suami isteri ini ke sana adalah untuk memberi kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir pada pertengahan Oktober nanti.

"Buat masa ini, kami dah mula beli barang bayi sikit-sikit. Masih ada banyak masa lagi untuk persiapan sepenuhnya," katanya.

Tambah Che Ta, memandangkan usia kandungannya semakin bertambah dan membesar, dia turut mengurangkan aktiviti seni termasuk menghadiri majlis-majlis hiburan.

"Saya memang dah 'stop' menghadiri majlis hiburan. Begitu juga dengan kerja-kerja penggambaran.

"Cuma, penggambaran rancangan, Primadona sahaja yang masih berjalan," jelasnya.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/che-ta-borong-kelengkapan-bayi-di-london-1.291749


1 comments:

  1. Dah kaya sgt ke smpi beli brg anak pun kat sana, klu dah kaya sgt bawak-bawaklah bersedekah pd fakir miskin yg memerlukan, drp mmbazir berhabisan dilondon tu tak habis-habis nak menunjukkan kekayaan pd public. Naik muak dgn cerita diaorang ni.

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.