Sabtu, 7 Jun 2014

Sabtu, Jun 07, 2014
1
Hyper Act Sangkal Dakwaan Sombong & Besar Kepala | Hyper Act, kumpulan yang popular dengan lagu ‘Hanya Aku’, menyangkal dakwaan mulai sombong dan bersikap ‘ikut kepala sendiri’ sejak populariti mereka meningkat naik dan semakin dikenali ramai.

Hyper Act Sangkal Dakwaan Sombong & Besar Kepala

Menurut Vokalisnya Ronnie, mereka berenam masih seperti Hyper Act yang dahulu dan tidak pernah berubah. Malah mereka senang memberi kerjasama dengan mana-mana pihak. Namun dia tidak menafikan isu tersebut timbul hanyalah kerana salah penyampaian dan pemahaman orang ramai.

“Itu mungkin salah faham. Kami masih Hyper Act sama macam yang dahulu. Isu ini timbul mungkin kerana cara penyampaian orang telah disalah tafsir oleh ramai orang.

“Bermula dari persembahan kecil-kecil hinggalah sekarang diberi peluang membuat persembahan di pentas-pentas besar kami tak pernah berubah. Tetap macam yang dulu. Kami senang nak kerja dengan sesiapa atau mana-mana pihak. Dan setakat ini kami tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak”, katanya.

Ronnie juga menyangkal desas desus dia kononnya merancang mahu bergerak secara solo dan merakamkan album tidak lama lagi.

“Tak benar. Saya tak minat nak bergerak secara solo walaupun pernah ada yang bertanya pada saya tak mahukah buat album solo. Saya rasa saya akan kekal dengan Hyper Act sampai bila-bila”, katanya.

Selain Ronnie, anggota lain bagi kumpulan yang juga cukup popular dengan lagu Harapan ini terdiri daripada Toi (Basist/vokal kedua), Beby (gitar utama), Intan (gitar), Akir (Keyboard) dan Wak Labib (drummer).

Sebagai sebuah kumpulan Ronnie juga berkata tidak dinafi ada ketika mereka bertelagah namun segalanya dapat diatas dengan mengamalkan sikap toleransi.

“Kami dah macam adik beradik dan tak dinafi setiap kumpulan kadang-kadang pasti akan berlaku selisih pendapat, masalah peribadi dan sebagainya. Tapi kami masing-masing mengamalkan sikap tolak ansur.


sumber
http://www.malaysiandigest.com/hiburan/503813-hyper-act-jawab-isu-ikut-kepala-sendiri.html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.