Isnin, 16 Jun 2014

Isnin, Jun 16, 2014
Nur Liyana Tarik Semula Permohonan Fasakh | Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34.

Nur Liyana Tarik Semula Permohonan Fasakh

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.

"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.

Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.

"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.

"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.

Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nur-liyana-tarik-balik-permohonan-fasakh-1.290582


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.