Rabu, 18 Jun 2014

Rabu, Jun 18, 2014
Pelakon Iklan Kit Kat, Nabil Abdul Meninggal Dunia | Pernah tengok tak iklan Kit Kat versi yang ada Datuk M.Nasir lepas makan coklat tersebut dia terbang.

Pelakon Iklan Kit Kat, Nabil Abdul Meninggal Dunia

Dalam iklan tersebut, pelakon muda yang melakonkan watak macam pekerja di kaunter pembayaran...dialah pelakon yang dimaksudkan, nama beliau Nabil Abdul.


Menurut info yang diterima, beliau telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi (Selasa) di Hospital Ampang. Setelah hampir seminggu beliau terlantar di hospital atas sebab penyakit yang beliau hadapi selama ini.

Arwah Nabil Abdul mengidap penyakit Kanser darah yang dipanggil 'limfoma' merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.


Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yang popular dalam siri Impian Ilyana.

Alhamdulillah jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak semalam.

Pelakon Iklan Kit Kat, Nabil Abdul Meninggal Dunia

Biodata & Video Nabil Abdul Pelakon Iklan Kit Kat

# Al Fatihah. Saksikan lakonan terakhir arwah dalam siri #Lembuku Ben di TV2 dan #jihannakbuatrumahterbuka di Astro.

sumber
http://eddyjugaks.blogspot.com/2014/06/pelakon-iklan-kitkat-nabil-abdul-telah.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.