Isnin, 16 Jun 2014

Isnin, Jun 16, 2014
Polis Nafi Tahanan Lari Dari Lokap Ampang | Pihak polis menafikan penyebaran gambar seorang lelaki di media sosial didakwa terlepas dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis Nafi Tahanan Lari Dari Lokap Ampang

Gambar lelaki terbabit kini tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp kononnya dia terbabit dalam jenayah bunuh, samun bersenjata dan rogol.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyebaran gambar terbabit adalah palsu dan tidak benar.

Menurutnya, orang ramai diminta tidak mempercayainya dan dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak polis.

"Saya nasihatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyebarkan berita sebigini kerana mendatangkan kerisauan pada orang ramai," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Polisnafilelakiterlepaslokap/Article?mutakhir


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.