Khamis, 19 Jun 2014

Khamis, Jun 19, 2014
Rita Kesal Aidil Enggan Ziarah Anak | Rita Rudaini kesal dengan sikap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak yang langsung tidak menjenguk dua anak mereka sejak mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada Mac lalu.

Rita Kesal Aidil Enggan Ziarah Anak

Tambah Rita, Aidil tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kandung terhadap anak-anak biarpun diberi peluang berbuat demikian.

"Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi," 

Dalam pada itu, Rita berkata, dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan, Aidil ada menghantar mesej kepadanya meminta untuk bertemu dengan anak-anak namun dia tidak segera membalas kerana bimbang Aidil tidak mengotakan keinginannya.

Bagaimanapun kata Rita, dia tidak mahu memutuskan ikatan di antara anak dengan bapa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri bagi memastikan Aidil dapat berbaik-baik dengan anak-anak mereka.


"Alhamdulillah dua minggu sebelum dia berkahwin dia hari-hari datang berjumpa dengan Rayyan dan Arjuna malah saya menjelaskan situasi kepada anak-anak bahawa Aidil adalah bapa kandung mereka dan perlu memanggilnya 'Daddy'.

"Biarpun Rayyan agak sensitif namun hubungan mereka semakin rapat terutamanya Arjuna yang tidak pernah mengenali bapanya sebelum ini sudah mula dapat menerima Aidil.

"Saya gembira dengan perubahan Aidil sebab sebelum ini kasih sayang seorang bapa dan lelaki tiada dalam diri anak-anak, apabila ada kesungguhan daripada bekas suami untuk rapat dengan mereka sudah tentu saya seronok. Namun entah mengapa lepas kahwin dia terus berubah," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/06/19/rita-rudaini-kesali-aidil/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.