Ahad, 15 Jun 2014

Ahad, Jun 15, 2014
Syafiq Kyle Nafi Jadi Orang Ke Tiga | "Saya bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," Begitulah penafian Syafiq Kyle bila dirinya cuba dikaitkan dengan kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Syafiq Kyle Nafi Jadi Orang Ke Tiga

Syafiq turut bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah sekadar teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Menurut Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Syafiq juga merasa terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

"“Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Itu urusan peribadi mereka dan saya sendiri tak ada hak untuk mengambil tahu itu dan ini."

"“Dalam kalangan pelakon memang hubungan saya dan Uqasha sebagai kawan. Kalau saya berkawan tak bermakna saya bercinta dan saya sendiri tak mengetahui macam mana cerita saya menjadi orang ketiga boleh keluar."

“"Mungkin penjelasan saya ini boleh menjernihkan sedikit keadaan. Tak usah lagi dipanjang-panjangkan cerita yang saya jadi orang ketiga atau apa," mohon Syafiq lagi.

Meskipun banyak cerita-cerita negatif tersebar tentang dirinya sebagai orang ketiga, Syafiq tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang membebankan.

Mengakui keluarganya ada bertanya tentang perkara berkenaan, Syafiq bersyukur peminatnya masih memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak melayan isu tersebut.

“"Saya tak pernah rasa tergugat dengan isu ini cuma saya kurang senang apabila nama saya dikaitkan dengan perpisahan orang lain. Bukan saya seorang sahaja kawan dia tapi ada lagi yang lain.

"“Tapi kenapa nama saya sahaja yang terheret? Itu yang membuatkan saya pening memikirkannya. Apa-apa pun saya bertegas untuk tidak mencampuri urusan mereka," katanya.


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140615/hi_02/Saya-bukan-orang-ketiga


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.