Ahad, 15 Jun 2014

Ahad, Jun 15, 2014
Video Lelaki Tercekik Telefon Bimbit | Klerksdorp, Afrika Selatan: Insiden seorang lelaki yang menderita kerana tercekik telefon bimbit sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan mengelikan hati.

Lelaki Tercekik Telefon Bimbit

Satu rakaman video menunjukkan sepasukan kakitangan perubatan berusaha mengeluarkan objek besar - yang kemudian dikenal pasti sebagai telefon bimbit - dari tekak seorang lelaki malang.

Video dirakam di sebuah hospital di Klerksdorp itu menunjukkan lelaki terbabit terbaring dan sukar bernafas ketika doktor menggunakan penyepit besi menarik objek yang menyekat kerongkongnya itu.

Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit. Namun tindakan lelaki ini masih baik berbanding dengan gadis di artikel dibawah.


Walaupun video berkenaan baru dimuat naik, ia dipercayai dirakam pada Mei 2012 oleh Edwin Shingo yang juga seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan kejadian luar biasa itu.

Bagaimanapun identiti lelaki terbabit tidak didedahkan dan tidak diketahui bagaimana dia boleh tertelan telefon bimbit berkenaan.

Ia bukan kejadian kali pertama seumpamanya.

Pada 2005 seorang lelaki di Missouri dituduh melakukan serangan kejam dengan memaksa teman wanitanya menelan telefon bimbit ketika mereka bertengkar.

Wanita berusia 24 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Video terbaru bertajuk “The guy with a cell phone in the mouth” mendapat 56,000 tontonan sejak dimuat naik minggu ini. - Agensi




sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Seksatercekiktelefonbimbit/MA/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.