Sabtu, 21 Jun 2014

Sabtu, Jun 21, 2014
Video Remaja OKU  Di temui Dalam Keadaan Menyedihkan | Di bawah merupakan video ketika seorang remaja lelaki OKU yang ditemui pegawai Imigresen dalam keadaan tidak terurus dan kurus kering ketika operasi memburu PATI di Nilai.

Video Remaja OKU  Di temui Dalam Keadaan Menyedihkan

Terkini, keadaan remaja tersebut dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya.
 
"Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM," kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Beliau turut meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian. JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.
 
"JKM juga akan memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Rohani berkata siasatan awal JKM mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun itu merupakan OKU 'celebral palsy'.
 

"Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami," katanya.
 
Bagaimanapun menurut beliau, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan.




sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/keadaan-remaja-oku-dilaporkan-tidak-membimbangkan-1.292290


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.