Khamis, 19 Jun 2014

Khamis, Jun 19, 2014
Zul Ariffin Tepis Dakwaan Pernah Jadi Mangsa Abby Abadi | Ketika Abby Abadi penat menepis kritikan masyarakat ke atas dirinya selepas bekas suaminya Farhan mendakwa dicederakan, Zul Ariffin pula bertindak mempertahankan bekas kekasihnya itu.

Zul Ariffin Tepis Dakwaan Pernah Jadi Mangsa Abby Abadi

Menurut Zulkifli Ariffin, 28, sepanjang tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, Abby bukan seorang wanita yang digambarkan sedemikian.

Malah Zul juga menepis tuduhan kononnya dia pernah mengalami nasib menjadi mangsa kekasaran Abby.

"Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa,"

Terdahulu, bekas suami Abby iaitu  Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakan dia dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan lebam  selain pernah mencakar mukanya.

Pasangan berkenaan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini selepas hampir setahun berkahwin.


Dalam pada itu, Zul turut menyangkal dakwaan kononnya dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan.

Jelas Zul, perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka sebelum ini selain dia tidak mahu mengungkit kisah lama.

"Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu," ujarnya.

Zul juga enggan mengulas mengenai perceraian bekas kekasihnya itu dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat wanita berkenaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/06/19/zul-ariffin-tepi-jadi-mangsa-abby/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.