Isnin, 21 Julai 2014

Isnin, Julai 21, 2014
Anzalna Cari Kanak-Kanak Pesakit Kanser Yang Ingin Jumpa Dengannya | Mulianya hati pelakon Anzalna Nasir yang sanggup mencari seorang kanak-kanak penghidap penyakit barah saraf yang dikhabarkan terkilan hendak apabila tidak dapat berjumpa dengannya ketika sebuah kunjungan artis-artis diadakan di sebuah bazaar di Melaka.

Anzalna Cari Kanak-Kanak Pesakit Kanser Yang Ingin Jumpa Dengannya

Murai Batu dapat tahu menerusi laman sosial Instagram Anzalna dia juga rasa bersalah kerana terpaksa pulang awal dan tidak sempat berjumpa dengan adik tersebut yang bernama Iqbal.

Anzalna mengetahui hal tersebut selepas dia terbaca sebuah keratan akhbar mengenai adik itu yang teringin sangat ingin berjumpa dengan pelakon berkenaan.

Berikut merupakan keratan akbar dan kapsyen Anzalna:


Namun setelah berusaha mencari adik itu, akhirnya menurut Anzalna keesokan harinya dia berjaya menghubungi keluarga Iqbal dan mereka bakal berjumpa pada 24 Julai depan.

Anzalna juga meminta supaya lebih ramai memberikan sumbangan kepada adik Iqbal.


Di atas pula merupakan luahan rasa gembira Anzalna selepas berjaya menghubungi keluarga adik tersebut:

Alhamdulillah, semoga semakin ramai lagi artis yang akan bersikap perihatin seperti Anzalna.

sumber
http://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/590518/anzalna-berjaya-hubungi-pesakit-kanser-yang-ingin-berjumpa-dengannya


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.