Rabu, 23 Julai 2014

Rabu, Julai 23, 2014
Gambar & Video Lori Terbakar Rempuh Tol Kesas | Satu kemalangan telah berlaku petang semalam di lebuhraya Kesas di Plaza Tol Sunway yang melibatkan sebuah lori, Toyota Estima dan sebuah Proton Saga yang menyebabkan kebakaran.

Gambar & Video Lori Terbakar Rempuh Tol Kesas

Insiden tersebut di tweet oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, menasihatkan pengguna mengelak daripada melalui lebuhraya Kesas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berpunca daripada lori.


Menurut The Star, jurucakap Kesas berkata “Pemandu lori tersebut mungkin hilang kawalan dan merempuh tol dan kedua-dua kereta. Pemandu lori melarikan diri dari tempat kejadian. Manakala kedua dua pemandu kereta berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk dan sudah pulih sekarang.”


Pengguna internet dan laman sosial berkongsikan gambar kemalangan yang menyebabkan kesesakan di kedua dua belah laluan.




Pemandu lori tanah tersebut kemudiannya dilaporkan telah menghilangkan diri. Ikuti video tersebut dibawah.



sumber
http://thevocket.com/lori-rempuh-dua-kereta-kesas-highway-kebakaran/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.