Rabu, 23 Julai 2014

Rabu, Julai 23, 2014
2
Guna Nama & Akaun Palsu, Siti Nurhaliza Bagi Amaran | Sekali lagi, nama Datuk Siti Nurhaliza disalah guna segelintir pihak yang mahu mencari keuntungan atau populariti cara mudah.

Guna Nama & Akaun Palsu, Siti Nurhaliza Bagi Amaran

Bermula dengan menggunakan nama Siti sebagai duta produk tanpa perjanjian atau pelantikan sah, ia melarat dengan kewujudan akaun Facebook (FB) palsu.

Apa yang membuatkan Siti marah apabila akaun palsu itu memutar belit fakta kononnya Siti menyokong rejim Israel berdasarkan situasi genting yang berlaku di Gaza ketika ini.

“Ini bukan kali pertama Siti berdepan situasi begini, tetapi perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari. Menggunakan nama Siti untuk produk menguruskan badan tanpa pengetahuan Siti menunjukkan mereka melakukan penipuan secara terang-terangan.

“Sudahlah gambar Siti diubah suai. Bukannya apa, Siti bimbang jika hasil produk itu tidak memuaskan, nama Siti juga yang buruk,” katanya meluahkan perasaan.


Mengaku sudah memberi amaran kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab itu, Siti berkata, selepas dipantau, beliau mendapati gambar berkenaan sudah ditarik balik.

Mengenai kewujudan akaun palsu itu, Siti berkata, tindakan yang dilakukan adalah memberi peringatan kepada peminat supaya tidak mudah percaya dengan akaun itu.

“Bagi Siti tak perlu untuk Siti menyerang pemilik akaun berkenaan. Ini kerana Siti tak mahu bagi publisiti percuma untuk dia. Apa yang Siti lakukan adalah dengan memberitahu peminat supaya jangan percaya dengan akaun terbabit.

“Kalau baca apa yang ditulis, nadanya adalah sinis, tetapi apabila status itu diulas oleh media lain, ia tetap memberi gambaran yang buruk untuk Siti. Perkara itulah yang membuatkan Siti marah sangat,” tegasnya.

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sitiberiamaran/Article/


2 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.