Ahad, 20 Julai 2014

Ahad, Julai 20, 2014
MH17~ Mesej Akhir Mastura Kepada Suami Sebelum Pesawat Terhempas | Berikut adalah mesej terakhir Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas

 "Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."

MH17~ Mesej Akhir Mastura Kepada Suami Sebelum Pesawat Terhempas

Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."

sumber
http://plbgaimacam.blogspot.com/2014/07/mesej-aneh-mastura-mustafa-pramugari.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.