Rabu, 23 Julai 2014

Rabu, Julai 23, 2014
1
Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang | Sebelum ini, ada peminat mendakwa hubungan Nelydia Senrose dan kekasihnya, Qi Razali berantakan gara-gara terlihat pelakon wanita itu menangis setelah bergaduh di sebuah pusat membeli-belah.

Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang

Mengakui ada berlaku perselisihan faham, namun Nelydia segera menafikan yang masalah itu berkaitan dengan hubungan cintanya.

"Saya tidak terkejut sama sekali jika isu ini timbul kerana ia adalah perkara normal dan berlaku sangat pantas.

"Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukanlah mengenai hubungan kami.

"Masalah itu adalah mengenai isu luar dan Qi hadir untuk menenangkan saya," katanya ketika ditemui selepas pelancaran alih bahasa filem animasi Despicable Me 2.

Kata pelakon filem Cinderella ini, kejadian itu berlaku sangat pantas dan dia bukanlah sengaja hendak mencipta keadaan,

Tambahnya lagi, hubungan cintanya dengan aktor berbakat besar itu masih dalam keadaan baik-baik saja dan berharap perkara itu tidak disalahertikan oleh peminat.

Ketika ditanya adakah dia dan Qi ada perancangan untuk bertunang, Nelydia ternyata mempunyai jawapannya sendiri.

"Saya tidak berani nak cakap. Perkara ini bukanlah dalam kawalan saya.  Saya tak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu sebaliknya saya menyerahkan semuanya kepada ketentuan ALLAH SWT," katanya.

Belajar daripada kesilapan lalu, pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan ini.

"Tahun lalu, saya terlibat dalam penggambaran drama Cinta Jannah sepanjang Ramadan.

"Akibat sibuk dengan penggambaran, saya tidak dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga, berbuka bersama-sama dan bertarawih," katanya.

Ketika di tanya mengenai persiapannya dalam menyambut Syawal, Nelydia memberitahu, tahun ini dia dan keluarga hanya menyambutnya secara bersederhana sementelahan lagi neneknya baru saja meninggal dunia.

"Pada hari raya pertama, kami hanya beraya di Kuala Lumpur.

"Insya-ALLAH, hari raya kedua baru pulang ke kampung bagi melawat pusara nenek," katanya.

Pun begitu, kata Nelydia, Aidilfitri kali ini, dia berpeluang menyambut Syawal dengan kekasihnya.

"Tahun lalu, kami tak berkesempatan meraikannya bersama-sama kerana dia ke Argentina.

Tahun ini, mungkin dia akan ke Argentina selepas raya, jadi dapatlah kami beraya bersama-sama," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nelydia-qi-bakal-bertunang-1.301883


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.