Selasa, 26 Ogos 2014

Selasa, Ogos 26, 2014
1
Intan Ladyana & Kamal Adli Sah Putus Hubungan | Intan Ladyana menrusi sebuah portal menjelaskan dia dan Kamal Adli bukan lagi merupakan pasangan kekasih. Untuk info, Intan dan Kamal sebelum ini telah bercinta sejak tahun 2009 dan hampir 5 tahun hubungan tersebut telah terjalin.

Intan Ladyana & Kamal Adli Sah Putus Hubungan

Bertemunya di majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014, dia dengan tenang menjawab bahawa dia kini kembali solo dan tidak mempunyai hubungan lagi dengan Kamal Adli.

"Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi," katanya.

Dia yang sebenarnya telah memberitahu bahawa keputusan untuk berpisah telah lama difikirkan dan kini telah rasminya dia putus. Baginya tidak ada jodoh antara mereka berdua. Punca kenapa hubungan mereka berantakan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.

"Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu"

Sementara itu, Intan secara berseloroh telah memberitahu selepas ini tidak akan ada lagi orang yang asyik bertanyakan tentang hubungannya lagi dan dengan itu dia berasa sedikit lega. Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi dalam filem menerusi lakonan dalam Adnan Sempit 3.

sumber
http://www.rotikaya.com/intan-ladyana-sah-putus-cinta-dengan-kamal-adli/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.