Isnin, 18 Ogos 2014

Isnin, Ogos 18, 2014
Lego Hotel Mohon Maaf Pada Nora Danish Sekeluarga | Rentetan insiden yang berlaku keatas keluarga Nora Danish di Lego Hotel di Johor semalam. Pihak hotel dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Nora Danish.


"Thank you for reaching out to us for a statement and we are aware of the incident involving the family of Ms. Nora Danish.

We faced a mechanical issue with one of our lifts last night at the Hotel and we wish to once again apologise to the family involved over the incident. We are working closely with the relevant parties to ensure the matter is investigated thoroughly. We are currently in early stages of the process and will update once we have concluded our findings.

Our Hotel Director was on site last night to assist the family once alerted and the safety of all our guests remains a top priority for the Resort."

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.


Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif,  Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.

Lego Hotel Mohon Maaf Pada Nora Danish Sekeluarga

Dalam pada itu, terdapat sedikit pertikaian antara beberapa peminat Nora Danish apabila ada dikalangan mereka cuba mengaitkan kejadian itu dengan sikap orang Johor dan keburukan taman tema Legoland.

Nora Danish yang cuba menenangkan peminatnya mengingatkan dan memuatnaik kenyataan beliau sebelum ini adalah berkaitan dengan Lego Hotel sahaja.

sumber
http://www.ohbulan.com/bodoh-lego-hotel-adalah-hotel-paling-bahaya-paling-teruk-pernah-saya-pergi-nora-danish/
http://www.astroawani.com/news/show/kami-telah-memohon-maaf-secara-peribadi-kepada-nora-danish-hotel-legoland-42135



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.