Sabtu, 20 September 2014

Sabtu, September 20, 2014
1
Alza Rempuh Kedai Kopi, Pelanggan Bertempiaran Lari | Keadaan menjadi huru-hara apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh sebuah kedai kopi berhampiran Kuching Sentral pada malam Khamis, menyebabkan pelanggan 'berterbangan' bersama pinggan mangkuk.

Alza Rempuh Kedai Kopi, Pelanggan Bertempiaran Lari

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 apabila pengendali kedai bersama dengan pembantunya sedang sibuk menyediakan makanan untuk pelanggan.

Secara tiba-tiba sebuah Perodua Alza yang dibawa oleh seorang wanita merempuh kedai kopi berkenaan dan melanggar beberapa buah meja menyebabkan beberapa pelanggan bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.

Bagaimanapun, pengendali kedai dan pembantunya tidak dapat mengelak dari kereta tersebut, namun mereka berdua bernasib baik kerana hanya cedera ringan sahaja. Kedua mereka telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Pemandu Alza itu pula, yang dikatakan bekerja di kedai dobi berhampiran, tidak cedera dalam kejadian tersebut.

sumber
http://www.siakapkeli.com/2014/09/kereta-rempuh-kedai-kopi-pinggan.html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.