Isnin, 15 September 2014

Isnin, September 15, 2014
Drama Cinta Amar & Izreen | Dikatakan sebagai punca keruntuhan mahligai antara Izreen dan bekas suaminya, Amar sedikit pun tidak melatah. Ini kerana dia menganggap semua itu sekadar kata-kata fitnah yang dilemparkan ekoran kemesraan yang ditunjuk sebagai pasangan hero dan heroin.

Drama Cinta Amar & Izreen

Penangan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda benar-benar meninggalkan impak buat penonton siri yang diadaptasi daripada novel itu.

Bukan itu sahaja, malah kedua-dua pelakonnya sama ada Amar mahupun Izreen, masing-masing menerima tempias populariti yang memuncak terutamanya Amar yang sebelum ini tidak begitu dikenali walaupun agak lama berada dalam industri.

Bahkan, menerusi drama itu juga, wujudnya beberapa kontroversi dalam hidup kedua-dua selebriti tersebut termasuk bermulanya episod kegoyahan rumah tangga Izreen dan bekas suaminya, Muhamad Riza Baharuddin yang berakhir dengan perceraian pada Mei lalu atas salah faham yang berlaku ketika berada di set penggambarannya.

Pun begitu, kekecohan yang berlaku itu bukanlah punca melonjaknya populariti KTAR yang mencapai rating tinggi penonton, tetapi kredibiliti dan keserasian antara dua pelakon itu membawakan watak pasangan kekasih begitu menyerlah dan mengasyikkan.

Tidak keterlaluan mengatakan, banyak wanita yang jatuh cinta terhadap karakter Tajul Razin yang dilakonkan Amar, secara tidak langsung mengangkat nama pelakon itu ke satu tahap yang agak jauh berbanding dirinya sebelum ini.


Pada masa yang sama, menerusi medium media sosial yang tidak terbatas, peminat drama itu menyuarakan pandangan mereka agar keserasian antara Amar dan Izreen tidak hanya tamat menerusi drama 28 episod berkenaan, tetapi mendoakan agar kelangsungan itu diteruskan menjadi satu yang nyata di luar set penggambaran.

Keakraban yang dibawa ke luar set penggambaran seperti yang diharapkan peminat seakan menjadi realiti apabila Amar dan Izreen ibarat belangkas yang melekat ke hulu ke hilir bersama.

Biarpun gosip mengatakan pasangan itu sedang hangat menjalin hubungan cinta luas diperkatakan, namun belum ada sebarang pengakuan rasmi yang direkod daripada mulut kedua-dua pelakon itu.

Berkesempatan bertemu Amar dan Izreen dalam satu sesi fotografi yang dianjurkan sempena penganjuran pameran Jom Kahwin Exclusive anjuran Terra Juta Event, Hits cuba menyingkap kisah hidup yang terjalin antara pasangan dua sejoli itu yang begitu mesra walaupun KTAR telah tamat siarannya pada bulan lalu.

Sama seperti kenyataan mereka sebelum ini ketika ditebak soalan sama, Amar dan Izreen cuba mengunci rapat mulut mereka daripada mengakui perasaan hati antara satu sama lain.

Izreen ketika menjawab soalan tersebut berkata, dia dan Amar mempunyai keserasian disebabkan sifat jejaka itu yang budiman serta begitu mengambil berat akan perihal dirinya.

"“Ya, saya selesa bersama Amar. Tambahan pula kebetulan, sekarang ini memang banyak kerja yang perlu dilakukan bersamanya. Mungkin ia impak yang datang daripada lakonan kami menerusi KTAR membuatkan klien berminat mendapatkan khidmat kami."


"“Jadi bagi menjawab keakraban yang terjalin, perkara-perkara sebeginilah yang menjadi penyebab hubungan kami rapat dan sering bersama ke sana ke mari. Bukan disebabkan hubungan cinta," katanya cuba berlaku jujur.

Tidak mahu terburu-buru memandangkan tempohnya bergelar janda tidak sampai lagi setahun, Izreen mengambil langkah lebih berhati-hati untuk kembali bercinta.

Katanya, biarlah anaknya besar dahulu sebelum menjalin apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki termasuklah Amar jika itu adalah jodohnya.

"“Saya tidak memilih. Anak saya baru setahun dua bulan, saya agak selektif dan cuba sedaya-upaya menjadi ibu terbaik buatnya. Sekurang-kurangnya biarlah dia menjejak umur dua tahun," kata ibu kepada Muhammad Adrian Umar itu.


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140915/hi_03/Drama-cinta-Amar---Izreen


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.