Rabu, 3 September 2014

Rabu, September 03, 2014
Gayatri Akui Cemburu Namun Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat | Gayatri Su-Lin Pillai kekasih kepada Zul Ariffin terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial Twitter yang kononnya ditujukan kepada heroin drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat.

Gayatri Akui Cemburu Namun Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat

Kata Gayatri, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan  itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain.

"Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.

"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda,"

Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.

Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan.

"Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Gayatri berkata, hubungannya dengan Zul masih berjalan seperti biasa namun dia enggan bercakap lanjut mengenainya.

"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/03/gayatri-komen-zul-ariffin/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.