Rabu, 17 September 2014

Rabu, September 17, 2014
Hina Lagu Kebangsaan, Chong Chieng Jen Pamer Sikap Sebenar DAP! | Hanya kerana diminta berdiri untuk menyanyikan lagi kebangsaan semasa menonton wayang, ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempamerkan kebodohan beliau sebagai rakyat dan warganegara Malaysia.

Hina Lagu Kebangsaan, Chong Chieng Jen Pamer Sikap Sebenar DAP!

Tak tahan diserang bertubi-tubi, Chong Chieng akhirnya memuatnaik permohonan maaf buat seluruh rakyat Malaysia. Buat salah mohon maaf...buat salah mohon maaf...

Bagaimanapun, dalam status permohonan maafnya, Chong tetapi tetap tidak bersetuju lagu kebangsaan dimainkan di panggung wayang.


Inilah sikap sebenar wakil DAP seperti Chong yang jelas tiada langsung semangat dan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Chieng Jen di laman sosial Facebooknya menganggap tindakan memainkan lagu kebangsaan di panggung wayang sebagai 'absolute disgrace and ridiculous' (amat memalukan dan tidak masuk akal).

Hina Lagu Kebangsaan, Chong Chieng Jen Pamer Sikap Sebenar DAP!

Jadi, apakah yang mereka sebenarnya perjuangkan selama ini? Adakah untuk rakyat Malaysia atau hanyalah kepentingan peribadi? Tepuk dada tanya selera.

#Rakyat negara kita telah hilang semangat kebangsaan, bermula dari Bahasa Malaysia sehingga lagu Negaraku tidak dihormati, sangat memalukan, tidak salah berbeza ideologi politik, tetapi janganlah sampai berbeza ideologi kebangsaan, semangat kebangsaan harus dipupuk dan ditanam dalam setiap warga, itulah yang membezakan antara kita dan orang lain, warga lain boleh menghormati negara kita, bagaimana dengan kita? Lihat contoh yang terbaik jiran kita Indonesia dan Thailand yang melepasi beberap krisis politik namun rakyatnya teguh mempertahankan semangat kebangsaannya.- Ahmad Zaki Othman.


sumber
Chong Chieng Jen FB


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.