Jumaat, 5 September 2014

Jumaat, September 05, 2014
1
Pembunuh Pengasas Am Bank Dihukum Mati | Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, tahun lalu


Pembunuh Pengasas Am Bank Dihukum Mati

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin, memerintahkan Koong Swee Kwan, 45, yang juga merupakan seorang penarik kereta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuan, 50.

Mohd Azman membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/09/05/penarik-beca-dihukum-mati/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.