Selasa, 2 September 2014

Selasa, September 02, 2014
Ratu Cantik Enggan Pulangkan Mahkota | Ratu Cantik Myanmar yang ditarik balik gelarannya berkata, beliau tidak akan memulangkan mahkota bernilai $100,000 (RM316,000) sehingga penganjur pertandingan itu meminta maaf kerana menggelar beliau penipu dan pencuri.

Ratu Cantik Enggan Pulangkan Mahkota

Pemenang Ratu Asia Pasifik Dunia 2014, May Myat Noe, menegaskan dalam sidang akhbar hari ini beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beliau menafikan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, seperti didakwa pengarah media bagi pertandingan di Korea Selatan itu, David Kim.

Katanya, pembedahan disediakan secara percuma untuk membantu meningkatkan kemasyhuran Noe.

Kim berkata, gelaran remaja berkenaan ditarik balik kerana beliau tidak jujur dan tidak berterima kasih dan melarikan diri dengan mahkota itu.

Noe berkata, beliau menaiki pesawat kembali ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya sudah ditarik balik. - AP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/4129


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.