Selasa, 8 Oktober 2013

Selasa, Oktober 08, 2013
Senarai Tempat Menarik & Perlancongan Di Pahang | Berikut adalah panduan dan senarai tempat menarik dan senarai tempat perlancongan bagi negeri Pahang Darul Makmur.

Turut di sertakan adalah peta bagi keseluruhan negeri Pahang Darul Makmur.

Senarai Tempat Menarik & Perlancongan Di Pahang


Cameron Highlands
Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

Senarai Tempat Menarik & Perlancongan Di Pahang - Cameron Highland

Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929. Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.

Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.


Genting Highland
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.


Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini.

Untuk info, kini Genting Highland sedang melakukan kerja ubah suai dikawasan permainan "outdoor" mereka.

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Keluasan Bukit Tinggi ni adalah 16,000 ekar dan terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut. Ia dibangunkan oleh Berjaya Hill. Untuk info Berjaya Group yang uruskan Bukit Tinggi sebelum ini. Bukit Tinggi ni dimiliki oleh Vincent Tan. Terdapat bayaran sebelum kita memasuki kawasan Bukit Tinggi

Fraser Hill


Fraser Hill, Pahang. Satu lagi kawasan tanah tinggi di Pahang. Mula dibangunkan sejak zaman penjajah lagi. Suhunya sejuk sekitar 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga .

Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

Taman Negara


Taman Negara Pahang

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu.

Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.


 Endau-Rompin National Park 

Endau-Rompin National Park

Endau-Rompin National Park is a protected tropical rainforest in the southernmost prolongation of the Tenasserim Hills,Malaysia. It is an area south of the state of Pahang and to the northeast of Johor covering an approximate area of 870 km², effectively making it is the second largest national park in Peninsular Malaysia after Taman Negara, with approximately 26 km of trail. It is the second national park proclaimed by the government of Malaysia.

The park is one of the oldest tropical rainforest complexes in the world and features rock formations some 248 million years old. Apart from that, the park contains the largest remaining population of the threatened Sumatran rhinoceros species on the Malay Peninsula. Gunung Besar which is the second highest in Johor is located in the park. The park takes it name from the Endau and Rompin rivers that flow through the park. Other rivers that flow through the parks are Segamat, Selai and Jasin. During the monsoon season that covers from November till March, the park is closed to the public. Further, fishing is banned from September till October during mating season.

Pulau Tioman


Pulau Tioman Island, Pahang

Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.

Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Gunung Senyum


Gunung Senyum Pahang

Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan

Taman Rimba Kenong


Taman Rimba Kenong

Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.

Pantai Cherating, Teluk Chempedak, Batu Buruk


Pantai Cherating

Kampung Cherating, Teluk Chempedak, Batu Buruk yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makanan laut yang lazat.


Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang 
Nombor telefon : 09-279039



Selain itu, Pahang juga mempunyai banyak lagi tempat menarik untuk di kunjungi sama ada untuk mandi manda, melihat gua, mendaki bukit dan melihat keindahan alam semulajadi. Antaranya…



Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
Air Terjun Berkelah, Maran
Air Terjun Teladas, Maran
Air Terjun Chamang, Bentong
Air Terjun Chekas, Raub
Pantai Balok, Kuantan
Pantai Rompin, Rompin
Teluk Chempedak, Kuantan
Air Terjun Lubuk Yu, Maran
Bukit Gambang Water Park, Kuantan

Gua Charah, Kuantan
Gua Bama, Lipis
Gua Kecil, Raub
Gua Kota Gelanggi, Jerantut




Lain2



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.