Rabu, 3 September 2014

Rabu, September 03, 2014
1
Sinopsis Setitis Kasih Darmia | Akan datang dalam slot Ratu TV9, drama adaptasi novel Setitis Kasih Darmia. Lakonan mantap sekali lagi gabungan Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Liza Abdullah, Fauziah Nawi serta ramai lagi yang dijangka menemui penonton pada Oktober ini.

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Sinopsis Novel Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.

Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.

Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya  mengharu birukan keadaan.

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi.

Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.

Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti


"Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.'- Semakin deras air mata di pipi Darmia.

"Aku tak nak!" Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar. Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ.


Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini.

Saat itu bagai terngiang-ngiang lagu Rindu memaksaku menyayangimu nyanyian Francisca Peter berdendang sayu, sesayu hatinya saat itu. Bait-bait lagu bagaikan mengerti perasaannya tika itu."


Barisan pelakon Setitis Kasih Darmia

Darmia- Nellydia
Khairul Amir- Sharnaaz
Opah- Fauziah Nawi
Mak long- Azizah Mahzan
Mak ngah- Liza Abdullaah
Pak ngah Salleh- nasir bilal khan
Anis Alisa- Puteri Chi Chi
Zulfekar- Joshua
Haliza- Zaryn Min


Sinopsis Setitis Kasih Darmia

sumber
google


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.