Sabtu, 20 September 2014

Sabtu, September 20, 2014
1
Tasha Shila Nafi "Bermain" Dalam Tandas | Sebelum ini sebuah akhbar pernah mendakwa seorang artis yang suka "bermain" didalam tandas sewaktu penggambaran sebuah drama 32 episod yang di adaptasi dari novel "Maaf Jika Aku Tak Sempurna". Tub-tub semalam, keluar lagi berita yang Tasha Shila menafikan dia dan kekasihnya Han adalah orang yang dituduh melakukan perbuatan tersebut.

Tasha Shila Nafi "Bermain" Dalam Tandas

Tasha Shila menyangkal dakwaan dan fitnah itu menerusi Harian Metro. Menurut Tasha, ini bukan kali pertama dia dilemparkan tuduhan sedemikian rupa.

“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.


“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja? Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan,” kata Tasha.

Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan kekasihnya di lokasi, baru-baru ini.

Apapun, marilah kita semua doakan Tasha dan Han cepat-cepat mendirikan rumahtangga. Barulah senyap sikit cakap-cakap orang ni kann....

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014091902230220140919022302/Article/index_html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.