Khamis, 2 Oktober 2014

Khamis, Oktober 02, 2014
Jambatan Paling Ngeri Ada Di China | Pakar jurutera negara China berjaya mengilhamkan sebuah jambatan gantung paling menakutkan di dunia di wilayah Hunan, selatan negara tersebut yang telah dibuka kepada orang ramai.

Jambatan Paling Ngeri Ada Di China

Ia bukan sebuah jambatan yang membahayakan nyawa pengguna tetapi lantainya yang diperbuat daripada cermin membuatkan pengguna takut untuk melihat curam sedalam 180 meter di Pingjiang.

Jambatan gantung yang menemukan dua puncak bukit setinggi 300 meter itu juga dikatakan akan bergoyang apabila ditiup angin.

Keadaan itu akan menambah ketakutan orang ramai yang melaluinya kerana ramai diantara mereka merasakan akan jatuh ke dalam gaung.

Jambatan Paling Ngeri Ada Di China

"Pada mulanya saya masih tidak berasa gentar, tetapi apabila berada di tengah jambatan yang bergoyang, lutut saya mengigil ketakutan," kata Yun Ku, 23, sebagai reaksi selepas melintasi jambatan gantung berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai yang mengalami ketakuran ketika berada di tengah jambatan akan dibantu oleh kakitangan terlatih untuk menghabiskan perjalanan mereka.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/10/01/jambatan-gantung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.