Jumaat, 31 Oktober 2014

Jumaat, Oktober 31, 2014
Mamat Khalid Masuk Icu, Jantung Tersumbat | “Sebenarnya dari semalam lagi dia dah mengadu tak sedap badan. Keadaan dia makin serius pagi tadi jadi kami terpaksa hantar ke hospital. Dia ditahan kerana doktor sahkan jantungnya tersumbat,” kata Hasmah Hassan, isteri kepada Mamat Khalid mengenai suaminya yang kini ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Assunta dekat sini, akibat masalah jantung, pagi tadi.

Mamat Khalid Masuk Icu, Jantung Tersumbat

Hasmah yang dihubungi berkata, Mamat yang mengadu keletihan sejak semalam terpaksa ditahan di hospital itu sejurus mereka melakukan pemeriksaan bagi merehatkannya.

“Abang (Mamat) jenis yang fobia dengan hospital dan tidak pernah buat pemeriksaan kesihatan jadi kita pun tak tahu dia ada masalah apa-apa.

“Pagi tadi bila doktor periksa tahap darahnya naik tinggi jadi doktor terpaksa buat rawatan segera. Saya difahamkan keadaanya stabil sekarang dan doktor mahu dia berehat,” katanya.

Difahamkan, pengarah filem Amir dan Lokman Pergi Ke Laut itu ditahan di ICU hospital swasta itu pagi ini kerana masalah jantung tersumbat.

Menurut isterinya, Mamat mengadu keletihan sejak semalam berikutan jadual kerjanya yang padat sejak seminggu lalu.

Mamat yang sedang menjalani penggambaran telefilem Pindah Randah di Perak untuk Astro kerap berulang-alik ke sini sepanjang minggu ini bagi memenuhi beberapa komitmen rakaman program televisyen.

Hasmah berkata, dia berharap dapat membawa Mamat pulang ke Perak untuk rawatan lanjut tetapi masih tidak dibenarkan keluar ketika ini.

“Kalau boleh kakak nak abang dirawat atau pembedahan di Perak sebab itu tempat kami lagi mudah kalau apa-apa tapi doktor tak benarkan keluar lagi.

“Doktor masih pantau abang untuk tempoh 48 jam ini. Jadi kami kena tunggu dan lihatlah keadaan. Insya-Allah dia akan okey,” katanya.

# Semoga abang Mamat Khalid cepat sembuh dan kembali melakukan tugasan seperti biasa.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/5598


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.