Rabu, 5 November 2014

Rabu, November 05, 2014
2 GAMBAR: Mayat Bayi Tetap WANGI Walau Di Timbun Sampah Sarap | "Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah.

Mayat Bayi Tetap WANGI Walau Di Timbun Sampah Sarap

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.

Menurutnya, penghuni terbabit terserempak mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu.

2 GAMBAR: Mayat Bayi Tetap WANGI Walau Di Timbun Sampah Sarap

2 GAMBAR: Mayat Bayi Tetap WANGI Walau Di Timbun Sampah Sarap

"Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan.

"Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/4886


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.