Khamis, 30 Oktober 2014

Khamis, Oktober 30, 2014
Tauke Jambu Rindu Anak-Anak, 10 Tahun Tak Dapat Jumpa | Pelawak yang sering diselubungi kontroversi, Tauke Jambu mendedahkan yang dia sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan anaknya. Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 38, terputus hubungan dengan anak-anaknya yang dijaga oleh bekas isterinya.

Tauke Jambu Rindu Anak-Anak, 10 Tahun Tak Dapat Jumpa

"Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya," ujar Tauke ketika ditemubual GUA.


Mengakui yang dia rasa rindu kepada anak-anaknya, Tauke tidak tahu macam mana untuk berhubung dengan mereka.

Tauke Jambu Rindu Anak-Anak, 10 Tahun Tak Dapat Jumpa

"Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana. Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti," kata Tauke Jambu lagi.


Baru-bari ini Tauke terlibat dalam kontroversi dengan seorang peminat apabila beliau mengeluarkan kata-kata kesat setelah tidak berpuas hati dengan tindakan peminat tersebut yang cuba menggangu dirinya dengan pelbagai tohmahan dilemparkan di laman Instagramnya..

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Tauke_Sudah_10_Tahun_Terpisah_Dengan_Anak_anak.html
rotikaya


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.