Jumaat, 31 Oktober 2014

Jumaat, Oktober 31, 2014
Video & Gambar Kejadian Tembakan Di Penampang | Ramai yang tertanya kejadian yang berlaku di Penampang lebih-lebih lagi apabila gambar sekumpulan anggota polis menjadi Viral dan tersebar luas melalui aplikasi whatsapp dan di laman sosial.

Video & Gambar Kejadian Tembakan Di Penampang

Memetik laporan dari Portal Suara Masyarakat Sabah Hari Ini.

Kota Kinabalu : Polis Sabah berjaya mematahkan tindakan oleh sekumpulan lelaki yang cuba melakukan rompakan di Penampang hari ini. Memetik sumber kuat  yang enggan didedahkan Pihak Polis Sabah sudah menghidu pergerakan mereka dan perancangan yang baik disusun  bagi menggagalkan usaha kumpulan tersebut.

Sumber dalam satu panggilan telefon ringkas memberitahu satu operasi Kilat dibuat di lokasi berkenaan dan maklumat lanjut akan dikongsikan sebentar lagi. “Tiada rompakan berlaku di Penampang hari ini dan diharap agar semua pihak jangan panik.”, menurut sumber lagi.

Diharap agar semua orang tidak percaya kepada sebarang khabar angin yang disebarkan tentang kejadian Tembakan di Penampang pada hari ini. Sila hubungi Balai Polis yang behampiran dengan anda jika mendapat khabar angin atau maklumat yang mencurigakan untuk tujuan pengesahan.

Video & Gambar Kejadian Tembakan Di Penampang

Bagaimanapun, menerusi akhbar utama hari ini, pihak polis Sabah mengesahkan kejadian tembakan di Penampang yang dua suspek penjenayah yang ditembak mati di Penampang, petang semalam, penjenayah terbabit dipercayai terlibat dalam tiga kes rompakan bersenjata di sini, Tuaran, dan Penampang sejak awal bulan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kumpulan terbabit merancang rompakan terhadap bank dan kedai emas di Kota Kinabalu atau Penampang sejak dua minggu lalu.

Berikutan maklumat itu, katanya, polis membuat sekatan jalan dan menggerakkan pasukan khas di seluruh negeri dan hasilnya berjaya mengesan kehadiran mereka di Penampang, semalam. - Berita Harian







Video & Gambar Kejadian Tembakan Di Penampang





Polis Tembak Mati 2 Tentera Sulu

sumber
http://www.djkupang.com/2014/10/video-kejadian-tembakan-di-penampang.html#axzz3HWyn9qno
http://perihalnegara.blogspot.com/2014/10/video-kes-tembak-menembak-di-penampang.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.