Jumaat, 31 Oktober 2014

Jumaat, Oktober 31, 2014
VIDEO: Polis Trafik Di Langgar Kereta | Ada pihak berpendapat anggota polis trafik ini mungkin cuba menghentikan kereta di Jalan Semantan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Akibatnya dia dilanggar tanpa sengaja oleh kereta Proton Perdana yang cuba ditahannya.

VIDEO: Polis Traffik Di Langgar Kereta

Semalam, satu video yang merakamkan kejadian seorang polis trafik yang sedang bertugas dirempuh oleh sebuah kereta perdana di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, telah dimuat naik di laman Youtube.

Mengikut video tersebut, polis tersebut dilihat berhenti di tengah jalan bagi memberhentikan aliran trafik. Namun setelah beberapa saat polis tersebut dilihat berada di tengah jalan, sebuah kereta perdana datang merempuhnya dari bahagian sisi belakang.

Akibat rempuhan itu, polis tersebut bersama motornya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selepas kejadian, anggota polis trafik dan juga orang awam membantu mangsa

Jika dilihat pada saat kejadian, boleh dilihat kesan tayar akibat brek di atas jalan kerana pemandu tersebut cuba brek secara mengejut.

Bagaimanapun tindakan pemandu tersebut yang enggan keluar dari kenderaan seperti tidak wajar.

Persoalannya adakah pemandu tersebut benar-benar tidak melihat anggota polis trafik yang cuba menghentikan aliran trafik atau pun sebaliknya. Wallahualam.

Apapun, kita semua berharap anggota polis trafik ini cepat sembuh dan kembali melakukan tugas seperti biasa.



sumber
http://www.siakapkeli.com/2014/10/video-polis-trafik-dilanggar-kereta-di.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.