Isnin, 10 November 2014

Isnin, November 10, 2014
14 Pelajar Kena Sebat Warden Kerana Malas Solat Subuh [5 GAMBAR] | Dek kerana malas menunaikan solat subuh, sekumpulan pelajar termasuk pengawas  di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang menerima hukuman sebat oleh warden mereka kerana malas menunaikan solat subuh.

14 Pelajar Kena Sebat Warden Malas Solat Subuh

Menurut laporan Metro, kumpulan pelajar yang tinggal di asrama berkenaan tidak menunaikan solat Subuh di surau sekolah kerana kepenatan berikutan mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam.- Huhh...ulangkaji pun penat sangat kaaa?

Sebagai hukuman, mereka kemudian dihukum empat kali rotan oleh warden, namun pengawas sekolah yang turut tidak menunaikan solat Subuh dikenakan lapan kali rotan hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang serta pinggul.

14 Pelajar Kena Sebat Warden Malas Solat Subuh

Menariknya, kejadian itu dirakamkan oleh ketua asrama kerana dia tidak tahan melihat rakan-rakannya dirotan dan ianya kemudian dimuatnaik dan menjadi viral dimedia sosial.

WARDEN KENA GANTUNG

Dalam pada itu, hari ini kedua-dua warden yang terlibat dalam hukuman rotan pelajar tersebut telah digantung oleh pihak sekolah.

14 Pelajar Kena Sebat Warden Malas Solat Subuh

“Kedua-dua warden terbabit kemungkinan akan dikenakan tindakan tukar sekolah, namun segala-galanya bergantung kepada siasatan yang dijalankan.

“Kami tidak boleh terburu-buru membuat keputusan kerana perlu menyiasat kes ini daripada pelbagai aspek dan sudut,”

14 Pelajar Kena Sebat Warden Malas Solat Subuh

Menurutnya, setakat ini kedua-dua warden berkenaan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

14 Pelajar Kena Sebat Warden Malas Solat Subuh

#Kita kongsi sikit.....Sultan Murad pemerintah ulung Islam Turki siapkan rotan untuk diserahkan pada guru anaknya iaitu Sultan Muhamad Al Fateh untuk membentuk adab anaknya.....kemudian barulah diajarkan Al Quran apabila adab sudah baik..hasilnya AL Fateh cukup hebat dalam segala aspek.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7620
http://www.hmetro.com.my/node/7934


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.