Khamis, 6 November 2014

Khamis, November 06, 2014
2 MAUT BANJIR LUMPUR LANDA CAMERON HIGHLAND | Dua maut dalam kejadian banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Ringlet, Cameron Highland, malam tadi.

2 MAUT BANJIR LUMPUR LANDA CAMERON HIGHLAND

Selain itu, seorang buruh kebun sayur parah manakala tiga lagi dikatakan cedera akibat tersepit dalam bengkel kereta berikutan tanah runtuh di pekan Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dikenali sebagai Yusof, 30-an.

"Pekerja itu mati tertimbus manakala remaja itu pula dipercayai lemas di Kuala Terla. Buruh yang parah itu pula dipercayai warga Indonesia.

"Kedua-dua jasad sudah dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

2 MAUT BANJIR LUMPUR LANDA CAMERON HIGHLAND

Menurutnya, keadaan itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di daerah itu.
Katanya, jika keadaan hujan lebat berterusan pintu empangan Sultan Abu Bakar harus dibuka untuk melepaskan air.

Menurutnya, keadaan itu mungkin besar bakal menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan Bertam.

"Pengosongan di kawasan terbabit sudah dijalankan dan pusat pemindahan sudah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

"Enam kereta dilaporkan hanyut dalam kejadian itu dan angka sebenar masih belum diperoleh," katanya.

2 MAUT BANJIR LUMPUR LANDA CAMERON HIGHLAND

Katanya, 150 orang daripada 37 keluarga dari Kampung Baru Ringlet yang terjejas akibat limpahan Sungai Ringlet kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Ringlet, Cameron Highlands.

Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley, berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

"Selain itu beberapa kenderaan turut kelihatan terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi.

2 MAUT BANJIR LUMPUR LANDA CAMERON HIGHLAND

Katanya, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin berkata, lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari kawasan tragedi Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.

UPDATE: Polis mengesahkan setakat ini seramai tiga mangsa terkorban dan empat cedera dalam kejadian banjir kilat serta tanah runtuh di tiga kawasan membabitkan Kampung Baru Ringlet, Kuala Terla, Ulu Merah dan Lembah Bertam  malam tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/6756#foto


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.