Rabu, 12 November 2014

Rabu, November 12, 2014
20 MINIT TANGAN TERSEPIT DALAM MESIN | Seorang lelaki warga Myammar berusia 59 tahun menanggung seksa lebih 20 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pemprosesan rumput di Taman Perwira, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, pada 3.35 petang semalam.

20 MINIT TANGAN TERSEPIT DALAM MESIN

Ketua Balai Bomba Bukit Mertajam Pegawai Bomba Tinggi Wan Ruslan Wan Yahaya berkata, kejadian ketika mangsa sedang memasukkan rumput ke dalam mesin berkenaan untuk diproses sebagai makanan lembu.

Namun, tangan mangsa dikatakan tersepit pada mesin berkenaan sebelum disedari rakan yang kemudian menghubungi bomba.

"Kami terpaksa menghubungi ambulans bagi meminta bantuan pegawai perubatan untuk memberikan suntikan bius bagi mengurangkan rasa sakit dialami lelaki itu.

20 MINIT TANGAN TERSEPIT DALAM MESIN

"Anggota terbabit dalam kemudian terpaksa meleraikan mesin berkenaan untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,"

Wan Ruslan berkata, mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk rawatan kecemasan.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8526


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.