Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Gempar, David Becham Tiba-Tiba Muncul Di Malaysia | Gempar seketika apabila kelibat pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham dikesan berada di pusat membeli belah terkenal Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

4 Gambar: David Becham Muncul Di Malaysia

Difahamkan suami kepada Victoria Beckham itu berada di sini untuk menghadiri pelancaran Haig Club Whisky di gedung jam mewah terkenal dunia, Breitling bersama pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Terdahulu, jenama tersebut memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan Beckham bersama Jimmy menyiapkan bungkusan jenama terkenal dunia itu untuk dihantar ke Malaysia.

Pengunjung di sekitar pusat membeli-belah Pavilion ternyata teruja dan menggunakan akaun media sosial masing-masing meluahkan perasaan gembira mereka.

4 Gambar: David Becham Muncul Di Malaysia

4 Gambar: David Becham Muncul Di Malaysia

4 Gambar: David Becham Muncul Di Malaysia

sumber
Friends of BN - Barisan Nasional
http://www.astroawani.com/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.