Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
4 GAMBAR MAYAT BERTATU DITEMUI NELAYAN | Dalam usaha pihak berkuasa mencari kehilangan seorang nelayan Ali Majid, 59, di sekitar perairan Pulau Perhentian Kecil yang masuk hari kelima hari ini, orang ramai dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki bertatu di badan petang Isnin.

4 GAMBAR MAYAT BERTATU DITEMUI NELAYAN

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat lelaki yang ditemui para nelayan kira-kira pukul 2 petang itu terapung-apung di laut, 10 batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil.

"Kita percaya mayat berkenaan yang hampir busuk dan beberapa bahagian badannya telah hancur merupakan warga asing berdasarkan corak tatu bertulisan  yang banyak terdapat di badan mangsa.

"Mayat itu kemudiannya kita bawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat pukul 4.30 petang tadi," katanya kepada Bernama.

Sementara itu operasi mencari nelayan yang hilang dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini diteruskan yang masuk hari kelima.

Petang Khamis lepas, bot kepunyaan Ali Majid telah ditemui orang awam di tengah laut kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil tanpa sesiapa di dalamnya.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh orang awam di Pondok Polis Pulau Perhentian sebelum satu operasi mencari membabitkan pelbagai pihak termasuk Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dilancarkan sehingga Isnin.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/mayat-bertatu-dijumpai-di-perairan-pulau-perhentian-48143


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.