Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014
6 Kilang Roti Penang Di Arah TUTUP | Sejumlah enam buah kilang roti di Pulau Pinang diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri itu kerana mengabaikan aspek kebersihan.

6 Kilang Roti Penang Di Arah TUTUP

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata,  arahan penutupan  itu dibuat mulai semalam selepas kesemua premis yang diperiksa dalam operasi Jabatan Kebersihan Negeri  itu gagal  mematuhi piawaian  kebersihan yang ditetapkan.

Ku Nafishah berkata, selain  kotor, pemakaian aksesori di kalangan pekerja dan pengurusan bahan mentah yang tidak sempurna menjadi salah satu faktor kilang terbabit ditutup .

Ujarnya lagi, pihaknya kesal kerana pengusaha premis makanan di negeri itu tidak mengambil berat  amaran yang dikeluarkan sebelum ini  supaya semua pengusaha mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Sebahagian daripada kilang yang ditutup tidak menjaga kebersihan secara konsisten. Jika mereka mahu mencuci, mereka akan cuci dan begitulah sebaliknya. Sewaktu kita membuat pemeriksaan, mereka cuci. Kali ini ia tidak diselenggarakan dengan baik.

"Kita terpaksa menutup premis tersebut. Sepatutnya kilang mempunyai prosedur yang konsisten dan berjadual agar kebersihan dijaga sepanjang masa.” ujar Ku Nafishah Ku Ariffin selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.


Dalam operasi besar-besaran ke atas kilang roti di negeri itu, sebanyak 26 premis  telah diperiksa , enam daripadanya diarah  tutup manakala  13 premis lagi dikompaun selepas  pemiliknya gagal mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Premis  terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi.

Nilai kompaun  keseluruhan  yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan  berjumlah  RM32,500 manakala kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjumlah RM1, 570.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/enam-kilang-roti-di-pulau-pinang-diarah-tutup-48680


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.