Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar |  Sebuah feri yang sedang berlabuh di Jeti Pulau Pangkor musnah dalam satu kebakaran kira-kira jam 2.40 petang semalam.

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar


Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan apabila feri berkenaan tidak membawa sebarang muatan.

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.46 petang.

"Ketika ini api sudah pun dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, kerugian dan punca kejadian sedang disiasat.

Katanya, operasi itu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Mazlan Mohd Noor dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor.

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

Dalam pada itu, kenyataan di Fanpage Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) berkata,

KEBAKARAN FERI PENUMPANG DI PULAU PANGKOR. Terima panggilan pada jam 1446, anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah feri penumpang sedang marak terbakar. Anggota menggunakan teknik pemadaman secara "offensive" bagi mengawal dan seterusnya memadam kebakaran di bahagian dalam feri. Operasi pemadaman selesai pada jam 1635. Operasi pemadaman diselia oleh PBK II Ahmad Mazlan. Tindakan operasi dijalankan oleh BBP Pulau Pangkor.

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

7 Gambar, Feri Pulau Pangkor Terbakar

sumber
http://www.bharian.com.my/node/17532
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.