Rabu, 26 November 2014

Rabu, November 26, 2014
8 Lelaki Suspek Bakar Al Quran Di Tahan | Polis Kedah menahan lapan lelaki berusia 19 hingga 30-an kerana terbabit dalam insiden pergaduhan dan membakar enam gerai medan selera yang dipercayai akibat kejadian membakar al-Quran di dalam tong pembakar berhampiran tempat menjalankan upacara sembahyang di Pasar Besar Alor Setar, pada 20 dan 22 November lalu.

8 Lelaki Suspek Bakar Al Quran Di Tahan

Enam suspek ditahan kira-kira jam 4 petang 20 November lalu, manakala dua lagi suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi 22 November lalu, di sekitar bandar raya ini.

Difahamkan, semua suspek dipercayai terbabit dalam kejadian membakar al-Quran yang ditemui di dalam tong pembakar berhampiran tempat menjalankan upacara sembahyang di Pasar Besar Alor Setar, di sini, pada 20 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, tempoh tahanan reman semua suspek yang berakhir hari ini akan disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

8 Lelaki Suspek Bakar Al Quran Di Tahan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan," katanya.

Sementara itu, seorang daripada peniaga di medan selera itu, Goh Wing Keng, 53, yang telah berniaga di medan selera tersebut selama lebih 20 tahun terkejut apabila mendapati gerainya terbakar ketika hendak membuka gerainya.


Seorang lagi peniaga, Poh Tan Cheng, 72, pula berkata dia menerima panggilan sekitar pukul 5 pagi daripada rakannya yang memaklumkan bahawa gerainya  terbakar sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Saya terkejut tengok gerai musnah dan sedih sangat kerana saya sudah lama berniaga mi di sini dan sekarang saya terpaksa menghentikan jualan sementara.

Saya sudah buat laporan polis dan saya harap siasatan dapat dijalankan dengan segera," katanya. - Bernama

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11972#sthash.BRH9gMIJ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.