Selasa, 4 November 2014

Selasa, November 04, 2014
1
AC Mizal Nafi Semakin Demand, Mohon Layanan VVIP | Makin otai makin menjadi, begitulah yang boleh disimpulkan pada Dato’ AC Mizal. Namun begitu, tiba-tiba AC Mizal terpalit dengan kontroversi baru yang mengatakan dirinya semakin demand dan meminta layanan kelas VVIP.

AC Mizal Nafi Semakin Demand, Mohon Layanan VVIP

Ac Mizal, mmenerusi satu kenyataan menafikan dia sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa ramai.

Bertemunya di majlis pelancaran duta produk La rose Perfect Body di Royale Chulan Hotel kelmarin telah merungkaikan segala kemelut yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu mengenai dirinya yang dikatakan semakin demand sejak akhir-akhir ini.

“Tidaklah saya tak begitu. Kalau saya membuat sesuatu pekerjaan seperti mengendalikan sesebuah rancangan saya akan terlibat dengan kandungan bagi setiap program tersebut dan saya tidak pernah meminta apa-apa keistimewaan”

“Saya pernah susah untuk dapat sebarang pekerjaan mahupun mengacarakan sesebuah program. Jadi apabila saya dapat saya perlu memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Media pun tahu perangai saya macam mana,” katanya yang juga telah dilantik sebagai Duta kepada jenama produk pelangsingan badan L’rose bersama-sama isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

Tambahnya lagi, sikapnya yang serius memungkinkan beliau dipandang negatif oleh orang-orang di sekelilingnya. Tegasnya sebagai seorang artis dan juga usahawan setiap perkara perlulah punyai matlamat dan hala tuju supaya tidak timbulnya masalah di kemudian hari.

“Saya seorang ahli perniagaan dan seorang artis jadi saya nak sesuatu benda tu kelihatan perfect kerana kita tahu akan ada masalah sekiranya kita tidak membuatnya secara teliti. Bukan apa jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini saya yang akan bertanggungjawab kerana saya orang yang berada di hadapan,” tambah AC Mizal lagi.

sumber
http://www.rotikaya.com/dato-ac-mizal-nafikan-minta-layanan-vvip/


1 comments:

  1. betul juga.. apa2 kekurangan, yang nampaknya pada yang mengacara tu.. untuk dapat yang terbaik kenalah beri yang terbaik juga barulah seimbang..

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.