Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
ADIK TETAK, LANGGAR ABANG SAMPAI MATI | Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang adik sanggup menetak sebelum melanggar abangnya sendiri sehingga mati dalam kejadian di Jalan 219, Seksyen 51A, Petaling Jaya, malam tadi.

ADIK TETAK, LANGGAR ABANG SAMPAI MATI
Gambar Hiasan
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, pertengkaran kedua beradik berusia 30-an itu dipercayai akibat perebutan hak milik sebuah lori yang diusahakan bersama sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan darah dan sebuah motosikal ditemui di tempat kejadian dengan kesan langgar.

Katanya, polis percaya suspek yang juga adik mangsa bertindak menetaknya sebelum merempuh dengan sebuah kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala dan badan.

"Mangsa dihantar oleh ahli keluarganya sendiri ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan setibanya di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8253


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.