Khamis, 27 November 2014

Khamis, November 27, 2014
AFF SUZUKI 2014: HARIMAU MALAYA MAMPU SAINGI THAILAND | Pertama kali, tabik hormat diberikan kepada pasukan Malaysia (Harimau Malaya) yang telah menunjukkan belang sebenar mereka pada malam tadi bertemu Thailand pasukan tergagah di Asia Tenggara dan Asean.

AFF SUZUKI 2014: HARIMAU MALAYA MAMPU SAINGI THAILAND

Bagaimanapun, kalah tetap kalah, namun dari sudut teknikal dan aspek permainan Harimau Malaya sebenarnya tidaklah terlalu ketinggalan dengan Thailand.

Shukor Adan berkata, mereka telah membuktikan bahawa cakap-cakap peminat yang mengatakan Harimau Malaya tidak mampu menyaingi skuad Gajah Putih adalah meleset sama sekali.

“Sebelum perlawanan ini, ramai mengatakan kami tidak mampu untuk menyaingi atau bakal kalah mudah dengan Thailand.

“Tetapi kami membuktikan anggapan mereka salah dan kami sebenarnya berada sama tahap dengan mereka, cuma mereka ada satu atau dua pemain yang luar biasa.

“Kekalahan ini memang menge­cewakan kami, namun perkara sudah berlaku. Kami mesti melupa­kan kekalahan malam ini dan fokus kepada perlawanan seterus­nya,” katanya selepas perlawanan semalam.

Mohd. Amri Yahyah, pemain yang berjaya menjadi penjaring pertama pada perlawanan semalam berazam akan melakukan segala-galanya ketika bertemu Singapura.

Pemain berusia 36 tahun itu berasakan tuah tidak bersama mereka dalam perlawanan itu, selain kelekaan di saat akhir menghukum skuad negara.

“Memang saya rasa amat kecewa kerana tidak menang pada malam ini setelah mendahului dua kali.

“Kelekaan di minit terakhir permainan membunuh harapan kami untuk mendapatkan sekurang-kurangnya keputusan seri.

“Harap kami tidak mengulangi kesilapan yang serupa semasa bertemu Singapura nanti,” katanya, yang hampir mendapat satu lagi gol apabila bola percubaannya dari garisan tengah padang hanya mengenai palang setelah menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan. – UTUSAN

Keputusan Penuh Perlawanan AFF SUZUKI CUP 2014 Kumpulan B:

Malaysia [2]  Thailand[3]

Amri Yahyah (m-28) Adisak Kraisorn (m-42 dan 90)

Safiq Rahim (m-60) Charyl Yannic Chappuis (m-72)

Barisan Pemain

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Afif Amiruddin, Mahalli Jasuli,Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Muhammad ShukorAdan (kapten)(Mohd Hafiz Kamal), S Kunanlan (Indra Putra Mahayuddin), Mohd AmriYahyah, Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali.

THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, CharylYannic Chappuis, Kirati Keawsombut (Adisak Kraisorn), Narubadin Weerawatnodom,Sarawut Masuk (Chainarong Tatong)(Prakit Deeprom), Anucha Kitpongsri (kapten),Adison Promrak, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.

Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)

sumber
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-kami-buktikan-mampu-saingi-thailand-8217-1.29617
http://www.bharian.com.my/node/19931


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.