Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Ajai Hilang Kepercayaan Pada AIM | Selepas Awie enggan masuk Anugerah Muzik-Muzik ke 29, kini Ajai pula hilang dilaporkan hilang kepercayaan terhadap kredibiliti penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM).

Ajai Hilang Kepercayaan Pada AIM

Tambah Ajai lagi, perkara tersebut disedari selepas insiden kesilapan pemilihan Lagu Terbaik AIM 18 kepada Yuna terpaksa ditarik balik tiga tahun lalu yang benar-benar memberi kesan kepada penggiat industri muzik lain.

"Saya sudah tidak percaya AIM sejak kemenangan lagu Yuna berjudul Penakut sebagai Lagu Terbaik pada AIM 18 ditarik balik dan diberikan kepada lagu Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

"Di situ sahaja kita dapat lihat bagaimana cacatnya proses anugerah ini dilakukan, walhal mereka mempunyai juru audit dan komiti tersendiri. Adakah keputusan yang diterima daripada auditor dan komiti berbeza?," soal ajai ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Jelas Ajai, perkara tersebut menjadi tanda tanya pelbagai pihak sehingga ramai pengiat muzik seangkatan dengannya tidak lagi menghantar pencalonan mereka.

Katanya, proses pengendalian anugerah tersebut yang diuruskan komiti baharu juga menyumbang kepada faktor yang membuatnya tidak lagi mempercayai anugerah berprestij tersebut.

"Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, ada sebab kenapa saya tidak percayakan AIM lagi selepas ia diuruskan oleh orang-orang baharu dalam industri.

"Ia tidak sama lagi seperti diuruskan oleh Jennifer Thomson dahulu yang mana kita lihat hasil pemenang yang diumumkan seiring dengan kejayaan artis itu dalam industri pada tahun tersebut," ujarnya.

Namun begitu, kata Ajai, dia tidak pernah menghalang mana-mana artisnya untuk menghantar pencalonan ke anugerah tersebut.

Anugerah Industri Muzik dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/14/ajai-tidak-percaya-aim/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.