Ahad, 23 November 2014

Ahad, November 23, 2014
Akim Berang Bila Nyanyian Stacy Di Kritik | Nampaknya, kontroversi mengenai Stacy yang dilihat ‘gagal’ menyanyikan lagu Cindai, dendangan Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi hangat diperkatakan.

Akim Berang Bila Nyanyian Stacy Di Kritik

Dek kerana itu, ada desas-desus yang mendakwa bahawa teman lelaki Stacy, Akim Ahmad naik berang apabila penulis lirik lagu itu, Hairul Anuar Harun melabelkan nyanyian Stacy seperti ci-bai.

Malah, menerusi laporan Melodi, Akim menjelaskan bahawa dia sememangnya tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan yang dianggap agak kasar itu.

"Itu adalah satu penghinaan. Ayat yang dia gunakan tu kena eloklah. Saya bercakap bukan sebab nak cakap saya hebat, saya cakap atas dasar kemanusiaan. Mana pergi kemanusiaan tu? Bila dia tulis macam tu, saya hilang respect. Suruh dia selak kamus balik, apa maksud perkataan yang di cakap."

"Saya sebenarnya terkejut sangat-sangat bila dia cakap macam tu. Nak cakap sesuatu tu fikir dua tiga kali supaya tak menyakitkan hati orang."

"Kalau saya cakap macamni agak kurang ajar untuk dia, apakah impak yang Stacy dapat bila dia pula cakap macamtu. Kalau tak gunakan perkataan cibai tu, ia takkan jadi isu yang besar."

Tambah Akim lagi, dia sebenarnya tidak kisah langsung andai Stacy dikritik, namun penggunaan bahasa bukanlah seperti yang dilemparkan oleh penulis lirik tersebut.

Bak kata pepatah ‘budi bahasa budaya kita’. Kalau nak menegur pun, kena ikutlah caranya. Well, apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

sumber
http://www.ohbulan.com/akim-ahmad-bengang-nyanyian-stacy-dilabel-macam-cibai/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.