Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Aksi Tomoi Di Asrama Sekolah | Aksi tomoi sekumpulan pelajar sekolah disebuah asrama menjadi tumpuan media sosial hari ini.

Perbuatan ragging melampau itu yang dilakukan sekurang-kurangnya 4 pelajar ke atas sekumpulan pelajar lain (dianggarkan 9 orang) mendapat reaksi masyarakat yang mahukan kesemua suspek ragging itu dibawa ke muka pengadilan.

Aksi Tomoi Di Asrama Sekolah

Antara watak utama samseng tomoi ialah suspek yang memakai baju dan seluar berwarna hitam. Perbuatan suspek yang dilihat membelasah mangsa tanpa belas kasihan sehingga melampaui batas membuatkan ramai berasa marah dan geram.

Ibubapa mana yang tidak berasa bimbang dan sedih dengan perbuatan ragging di asrama seperti ini, apatah jika ada anak mereka yang terbabit dan menjadi mangsa dalam insiden buli/ragging ini

Bagaimanapun sehingga kini kami belum menerima info lokasi dan masa sebenar kejadian tersebut berlaku. Kami juga belum mengetahui sama ada ini adalah video lama ataupun baru...yang nyata video ini baru saja dikongsikan dimedia sosial.

Andainya para pembaca mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, anda diminta membantu pihak berkuasa dengan segera.

Aksi Tomoi Di Asrama Sekolah

Di harap mangsa dapat membuat laporan polis, apatah lagi video ini telah menjadi viral dimedia sosial.

Sekali lagi diharap PDRM jangan melepaskan walau seorang pun dikalangan para pembuli ini...


Saksikan video tomoi pelajar asrama tersebut dibawah...





UPDATE: Video Buli Junior Di Asrama


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.