Selasa, 25 November 2014

Selasa, November 25, 2014
Aku Sedang Pertahankan Perkahwinan Aku - Eizlan Yusof | Kisah permohonan pengesahan lafaz cerai yang dituntut oleh isteri Eizlan Yusof, Vie Santie sememangnya mengejutkan ramai perminat. Pasangan Eizlan dan Vie Santie telah lama berkahwin dan mereka kelihatan amat bahagia di samping 3 orang cahaya mata, namun tiada siapa yang menyangka....disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...Kini badai mulai melanda pasangan suami isteri ini.

Aku Sedang Pertahankan Perkahwinan - Eizlan Yusof

Menerusi BiPop hari minggu lalu, Eizlan Yusof memaklumkan yang dirinya sedang berusaha keras untuk mempertahankan mahligai yang dibina. Kata Eizlan:-
Susah nak komen! Aku sayang dia dan family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya. Aku tak boleh komen apa-apa buat masa ini, aku down gila. Nantilah ya.

Aku ‘down gila’ macam mana aku nak cakap. Aku tak nak semua terjadi, nantilah. Sorry sangat! Ya aku sedang mempertahankan perkahwinan aku, sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mermpertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai.
Semoga usaha Eizlan Yusof untuk mempertahankan perkahwinannya akan membuahkan hasil. Sebesar mana sekalipun masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah perkara ni mampu diselesaikan dengan cara yang baik. Sama-samalah kita doakan.

Artikel



sumber
http://beautifulnara.com/aku-sedang-mempertahankan-perkahwinan-eizlan-yusof/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.