Selasa, 4 November 2014

Selasa, November 04, 2014
Al Fatihah, Adik Rafiqin Akhirnya Di Temui Meninggal Dunia | Penantian selama 4 hari dari Sabtu lepas berakhir dengan kesedihan apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, akhirnya ditemui meninggal dunia tersepit dicelah batu kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu.

Al Fatihah, Adik Rafiqin Akhirnya Di Temui Meninggal Dunia

Ahmad Rafikin yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 3.35 petang tadi.

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Al Fatihah, Adik Rafiqin Akhirnya Di Temui Meninggal Dunia
SEBAHAGIAN pasukan keselamatan yang terdiri dari pelbagai jabatan turut serta membantu mencari mangsa di sekitar anak sungai pada operasi mencari mangsa hilang, Ahmad Rafikin Azman, 16, di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu. - Foto Aswadi Alias
Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

#Semoga roh allahyarham  Rafiqin ditempatkan dikalangan muslimin beriman dan beramal soleh. Kepada pihak keluarga, bertabahlah dengan ujian dariNYA.


Al Fatihah, Adik Rafiqin Akhirnya Di Temui Meninggal Dunia




sumber
http://www.bharian.com.my/node/15685


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.