Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, November 08, 2014
Alasan BANGANG Pencuri Di Masjid Meru | "Saya mahu ambil duit emak, tetapi dia pergi ke tandas," itu alasan 'cap ayam' yang diberikan pencuri apabila tindakannya mencuri wang jemaah menunaikan solat Subuh, dikesan seorang jemaah wanita yang baru saja tiba dalam kejadian di Masjid Asy Syarif, Meru, pada 28 Oktober.

Alasan BANGANG Pencuri Di Masjid Meru

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki lingkungan 20-an yang ke tempat solat wanita berpura-pura menunaikan solat selain turut memakai telekung bagi mengaburi mata jemaah.

Rakaman video berdurasi lebih satu minit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu menjadi 'viral' di laman sosial, memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung berlegar-legar di dalam ruang solat wanita sebelum melarikan diri dengan hanya memakai kain batik.

Saksi yang mahu dikenali Su Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian, dia baru sampai dan mendapati jemaah lain sedang solat.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke ruang solat wanita, dia melihat jemaah 'wanita' berada dalam keadaan mencurigakan.

Dia berkata, 'jemaah' terbabit dilihat asyik menyelongkar beg tangan milik jemaah lain yang diletakkan di bahagian tengah ruang solat itu kerana beranggapan perbuatannya tidak disedari.

"Saya yang curiga dengan tingkah laku itu, menghampiri dan memegang bahu 'wanita' itu yang asyik menyelongkar beg dari arah belakang.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7452


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.