Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Amah Dakwa Di Dera & Di Pukul Raja Bomoh 1Malaysia | Seorang amah mendakwa telah didera dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia.

Amah Indonesia Dakwa Di Pukul Raja Bomoh 1Malaysia

Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.

Menurut Free Malaysia Today yang memetik kenyataan rri.co.id, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu.

Menurut anak Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.

Amah Indonesia Dakwa Di Pukul Raja Bomoh 1Malaysia

Tambah Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.

“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

Amah Indonesia Dera Budak OKU DiPenjara

“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu.

Amah Dakwa Di Dera & Di Pukul Raja Bomoh 1Malaysia

Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.

Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut.




sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/amah-dakwa-didera-raja-bomoh-terpaksa.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.